TRIP KE PULAU PERHENTIAN

 Assalammualaikum dan selamat sejahtera, okay hari ni saja aku nak cerita and share dengan kawan-kawan dengan satu trip percutian ke pulau perhentian bersama team vaseyysenn .

okay, buat masa sekarang Team ni belum ada official page lagi, cuma kita dalam proses nak bina youtube channel inshaallah. So, korang standby dengan posting kami yang akan datang, sebenarnya banyak lagi aktiviti yang kita orang dah buat antaranya camping di pulau besar melaka, camping di kaki genting, moto ride, dan banyak lagi.

Jadi, aku share sikit gambar dari camera dslr aku masa dekat pulau perhentian bersama team Vaceyysenn. Camera yang aku gunakan jenis model Canon 5D mark ii dan lensa 50mm .



Kita orang pergi ke Pulau Perhentian pada tanggal 3/9/2020 dan mula merancang untuk percutian ni dari ogos 2019 , masa tu memang ramai gila yang orang yang datang kt pulau ni bercuti. Kita orang kene sidai lama dekat jeti, dan akhirnya sampai juga dekat homestay yang di nanti. Memang masing-masing bila sampai kt homestay ni jadi homestay kepala bapak mereka. Memang tak hirau da orang kiri kanan, ini hari kita punya!!!


Sementara tunggu next program, aku shoot gambar portrait salah satu budak vaceyysenn, Yang lain suma dah barai penat, aku pon barai juga, buat-buat rajin la main camera.













Okay next program kita pergi dekat pulau belah belakang, kene hiking sikit, and boleh tengok kincir angin dan ade tangga yang panjang untuk tengok view lagi padu. Tapi kondisi tangga tu tak berapa elok la, ade rosak-rosak sikit.







Boleh tengok sikit la macam mana keaadan dekat tangga ni, orang memang ramai gila. Yang tak berani nak turun dorang stay je dekat tangga tengok view.












Masa dekat atas tu sempat la shoot beberapa gambar member dekat situ. Ni antara hasilnye, masa tengah shoot gambar member-member ni orang yang tak kenal pon mintak tolong aku untuk shoot gambar dorang... hahhaha



Sampai tak larat aku layan orang-orang dekat situ tangkap gambar, mengelak aku balik malam je :'D
yela, kebetulan pulak ade photographer dekat situ, dorang mesti nak shoot gambar dari orang yang berpengalaman kan... hahaha







Ni antara gambar-gambar view masa dekat atas tu, aku tak berani nak turun paling bawah sebab gayat dengan tangga dia.

Berakhir la trip percutian 3h2m di perhentian, masa kita orang datang tu takde fireshow, kalau ade aku boleh payung gambar enn...

Masa perjalanan pulang, aku and the geng sempat singgah ke Pasar Payang Terengganu, saja jalan-jalan beli jajan. Boleh tengok gambar-gambar yang sempat dirakam.

















Macam biasa lepas jalan-jalan dekat pasar ni, aku sempat shoot gambar group foto dorang.










Selepas tu kami teruskan perjalanan ke DrawBridged atau lebih dikenali sebagai Jambatan Angkat di Terengganu.
























Lepas dah puas lepak dekat jambatan ni, kita orang pun gerak balik... Terima kasih perhentian , terima kasih terengganu, kami akan rindu lagi tempat ni.






 Kami pun meneruskan perjalanan pulang ke KL. Sebelum sampai KL kita orang bercadang untuk singgah di Teluk Cempedak, Kuantan.









Dan berakhirlah kisah percutian dari team VACEYYSENN. Inshaallah kita akan share lagi content yang menarik pada masa akan datang. 

Boleh lihat link photographer di sini : zafvisual

Dan kawan-kawan yang nak gambar full resolution, boleh download di sini : full resolution image
LINK AKAN AUTO EXPIRE PADA 27/9/2020

Saya juga menyediakan khidmat Canvas Print

Agent yang menguruskan trip percutian kami semasa di Pulau Perhentian  : perhentiankravers








Comments

Post a Comment